Monday, October 25, 2010

Don't compare your life with others



”P, aku jealous lah dengan ko. Ko sejak single balik ni, bahagia je aku tengok. Senyum je selalu. Pastu makin ramai pulak aweks yang dating dengan ko akhir2 ni. Ish, bertuah badan hang!”


P hanya tersenyum. Komen E terhadapnya sungguh bersifat luaran. Dia tidak tahu bagaimana gelodak hatinya sejak perpisahan tunggalnya dengan si kekasih hati beberapa bulan yang lalu.


“Aku kalau boleh nak jadi macam hang gak la. Single balik. Xda komitmen, boleh keluar dengan ramai aweks. Boleh senyum selalu. Ada awek ni, ada la berteman sikit. Tapi yang banyaknya akhir2 ini adalah gaduh. Sikit2 pun gaduh. Haish, kuat merajuk dah satu hal. Susah pulak tu nak dipujuk. Awek aku ni satu macam la, over sensitive.”


“E, aku rasa baik ko jaga elok2 awek ko tu. Ko sure tak mau dan takkan mau jadi macam aku ni skarang!” Bentak P sambil berlalu meninggalkan E.


E terpinga2. Tidak disangka P yang happy go lucky orangnya itu akan melenting seperti itu.


P berlalu. ”Bersyukurlah E, kau tidak tahu betapa kesunyiannya aku walau didampingi ramai gadis! Jangan compare hidup kau dengan aku. You don’t know what I’ve went through”, hatinya bermonolog.


* * *


N pulang dari kerja. Tercatuk di kiub kerjanya, berdepan dengan komputer sahaja sejak pukul 8 pagi tadi memang memenatkan. Bukan dia mahu bekerja seperti itu. Dia lebih inginkan kerja yang membolehnya berinteraksi dengan manusia, seperti doktor – cita-citanya yang tidak kesampaian. Tapi kerana desakan keluarga yang menginginkan dia cepat habis belajar dan bekerja, apatah lagi sebagai anak sulung; dia akur. Nah, terhumbanlah dia ke dunia itu. Dunia yang meletihkan lagi kesunyian.


Adiknya J, sangat mengagumi abangnya dan bercita2 utk mempunyai karier yang sama seperti abangnya. Gaji pun besar. Diam2 dia menyimpan impian itu.


Satu hari J & N berborak bersama. Dalam perbualan itu, J menghalakan arah tuju perbualan itu ke arah cita-citanya. Dia mahu jadi seperti N.


“Kalau abang nak tau, J pun nak kerja yang sama macam abang. Gaji besar, boleh beli kereta mewah, boleh bawa mak ayah pergi jalan-jalan...kan best tu! Sama macam abang sekarang.”


“J, abang rasa J jangan amik course sama macam yang abang amik dulu. Abang tak rasa J sesuai dengan kerja tu,” ulas si abang yang tahu J memang seorang periang orangnya. Dia tidak mahu adik kesayangannya dikaburi kesenangan dunia, dengan menerima bahana kesunyian dan kemurungan seperti dialaminya.


“Kenapa bang?”


“Kerja abang ni tak berinteraksi dengan manusia. Sangat sunyi dan membosankan. Ini tidak sesuai dengan karakter J yang periang dan suka berinteraksi. You’ll get bored easily & felt depressed soon.”


“Itu ke yang abang alami sekarang? Tapi kenapa abang pilih jalan ni?”


“Because this is my journey. I chose to be like this so that our family can prosper and financially stable. You don’t have to be like me. You can choose better career that suits yourself. It’s your journey. And everybody have different ones.”


Si adik termangu. Dalam hatinya, dia mengagumi abangnya yang telah banyak berkorban itu. “It’s your journey. And everybody have different ones!” Perkataan itu bergema-gema di benaknya.


* *I *


Dua cerita yang berbeza, tapi membawa kesimpulan yang sama. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Kita seringkali melihat orang lain hidup lebih bahagia dari diri kita, tanpa kita tahu apa sebenarnya yang dirasai mereka. Orang lain lebih kaya dari kita, lebih itu dan ini; berjaya itu dan ini. Kita seringkali merasakan hidup kita ini serba kekurangan. Serba ketidakadilan jika dibandingkan dengan manusia lain.


Lupakah anda di saat anda berjaya mendapat 8A dalam PMR, semua member anda dapat result sama ke? Di saat anda dapat hadiah cabutan bertuah di majlis sekian-sekian, orang lain dapat ke? Time si apek cina jual ikan yang duduk sebelah rumah kita tu menang loteri RM2juta, semua orang menang gak ke? Tentulah tidak bukan. Asbab? Sebab setiap orang punya jalan hidup masing-masing yang Allah dah tentukan. Kalau tak percaya sila rujuk hadith no 4 dari koleksi 42 hadith diriwayat oleh Imam Nawawi. Setiap orang itu telah ditetapkan perjalanan hidup dan rezeki masing-masing. Jodohnya, ajal, celaka atau bahagia. Setiap orang pun berbeza.



Berhentilah membuat perbandingan. Hidup anda adalah cerita anda sendiri. You chart your own journey. Don’t compare yours with others, cause it will never be the same. Instead, be grateful & walk ahead.


Lagipun, kita wajar takut; andai kita terus membanding2kan kelebihan orang lain dengan kekurangan diri kita; kita jadi lupa untuk bersyukur pada nikmat2 Allah yang memang dah banyak tak terkira. Jadi kufur plak nanti. Astaghfirullah. Teringat kat firman Allah surah Ibrahim ayat 7:


“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.”


Nota kaki: aweks = plural utk awek.


p/s: Atuk saya time muda2 dapat kawen dua. Saya pun nak jadi macam dialah. Woha! Gurau saja. Marah bakal bini saya nanti kalau baca entry ni.

2 comments:

  1. Salam.

    Interesting and meaningful story.

    hoo, nak tercabut jantung part kawen 2 tu...

    dont compare ur life with "atuk". hee.

    moga terus tsabat dalam iman.

    ReplyDelete