Friday, December 25, 2009

Monolog

Sedar atau tidak…tahun baru Hijrah sudah bermula.
Sedar atau tidak…usia diri ini bertambah lagi tanpa perlu dikira.
Diri melangkah lagi ke alam baru…

Semalam...itu cerita lama.
Esok...itu belum tentu.
Hari ini...sedang berlaku sekarang, dan mungkin akan berakhir bila-bila masa.

Ibarat kata imam ghazali...
Benda paling jauh untuk digapai...adalah masa lepas kita...kerana ia tidak mungkin dapat dikejar kembali.
Perkara paling dekat...adalah mati...yang mungkin datang sebentar lagi.

Oleh itu wahai diri…
Insaflah…sedarlah…
Dirimu bukan selamanya hidup…bukan selamanya teguh.
Menongkat langit berpasak bumi.

Ingatlah mati wahai diri!
Jika kau mampu mengingatinya...kau takkan rugi.
Manfaatkan masamu...agar kau tersenyum di kemudian hari.



p/s: Selamat menyambut Maal Hijrah dengan menghayati makna di sebaliknya...Selamat berpuasa sunat juga di kala 9 dan 10 Muharam (Hari Asyura)

2 comments:

  1. salam..

    moga terus tsabat di jalan tarbiyyah dan dakwah.. moga ceria dan bahagia juga menikmati rezeki ALLAH berupa kehidupan yang sementara...ameen ya rabb 'alamiin.

    ReplyDelete